
Assalamualaikum Wr. Wb.
Semoga Para Waris & sekeluarga sihat serta dalam Naugan Allah s.w.t. Amin ya Rabb.
✅ Saya Ust Syed Ahmad Pengurus Syarikat Al-Haddad Training & Services sudah mendapat laporan dari Saudi mengenai perlaksanaan Badal Haji di sana.
Daripada 36 pegawai kami yang telah ditugaskan untuk melaksanakan Amanah bagi ibadah Badal Haji tahun ini, hanya 33 sahaja yang berjaya menyempurnakan segala perlaksanaan Badal Haji tersebut.
✅ 3 orang pegawai kami berada dalam bas yang sama tidak sempat sampai ke Arafah pada waktu Wukuf, 5 Jun 2025. Perkara ini berlaku disebabkan kesesakan jalan raya yang berlaku di mana sekitar 3 juta Jemaah Haji menuju ke sana untuk melakukan Rukun Haji tersebut pada waktu yang sama.
✅ Walau pun 3 pegawai kami tersebut sudah melakukan Rukun Haji pertama, iaitu melakukan niat haji serta berihram haji, terpaksa membatalkan niat haji tersebut kerana tidak sempat tiba ke padang Arafah pada waktu Wukuf, iaitu pada zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah. Ribuan orang juga terjejas ibadah Haji mereka disebabkan kesesakan tersebut.
✅ Kesemua kos perbelanjaan telah kami keluarkan untuk urusan dan segala perancangan yang dibuat, kami akui kami hanya mampu berusaha sahaja, dan Allah jugalah yang menentukan segalanya. Kami yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
✅ 3 Nama Arwah yg tidak dapat dilaksanakan
Insyaallah kita bakal dilaksanakan untuk tahun 2026.
Hanya kami harapkan doa anda serta sokongan di masa-masa mendatang agar segala kesukaran dipermudahkan Allah swt.
✅ Bagi waris2 yg 3 nama arwah tidak terlaksana, Sekiranya anda mengambil pakej (B) (iaitu termasuk Wakaf, Korban, Sedekah), hanya ibadah korban, Tahlil, Khatam Al Quran,Infak telah dilaksanakan.
✅ Gambar dan e-sijil korban akan diberikan kelak.
✅ Saya Ust Syed Ahmad mohon maaf atas segala kekurangan kami. Kami yakin segala perkara ini berlaku ada hikmah & ganjaran yang besar bagi mereka yang bersabar serta redha dengan keputusan Allah s.w.t.
Sekian.
Terima kasih.
W’salam,
Al-Haddad Training & Services Badal Haji Singapura
23 Jun 2025
