SIJIL ASAS B.ARAB SETIAP JUMAAT 10pg -11pg)
(Untuk Dewasa Muslimah)
(SECARA BERKUMPULAN)
LATARBELAKANG
A. Kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran selain penggunaannya yang meluas di dunia Arab dan Islam meletakkannya sebagai bahasa terpenting di dunia masa kini. Kemahiran menguasai bahasa Arab membolehkan seseorang itu memahami kandungan al-Quran dan hadith selain berupaya membaca buku-buku mengenai ilmu-ilmu Islam yang banyak ditulis dalam bahasa Arab.
OBJEKTIF
Antara objektif utama kursus ini ialah:
a) Mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting dalam bahasa Arab seperti kaedah nahu dan saraf secara asas
b) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis dalam bahasa Arab.
c) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.
TEMPAT PENGAJIAN
Di Pusat Pengajian Al-Haddad , BLIK 213, BUKIT BATOK ST 21, #01-207 (S) 650213
TEMPOH KURSUS DAN MASA
Kursus Bermula: 3 Febuary 2017
Setiap Jumaat dari jam 10pg – 11pg
UNTUK SIAPA KURSUS INI?
-
Bagi mereka yang sudah boleh baca al Quran.
-
Guru-guru al Quran atau yang bakal menjadi Guru al Quran.
-
Bagi mereka yang tidak jemu menuntut ilmu sepanjang hayat.
-
Suri Rumah
-
Bagi mereka yang hendak menjejaki sunnah Nabi saw sekaligus meraih ganjaran dari Allah SWT.
STRUKTUR PROGRAM
-
Kursus ini mengambil masa 6 bulan.
-
Sijil– Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil .
YURAN
a. Setiap pelajar dikehendaki membayar $50 bulanan.
b. Pendaftaran $20. Kitab $12 sahaja.
Yuran tidak akan dikembalikan setelah pembayaran dibuat.
SUBJEK YANG DITAWARKAN
MODUL I (QAWAID) YAITU KAEDAH:
Subjek ini adalah asas kepada kemahiran bahasa arab.Ia adalah pembelajaran yang berkaitan dengan tatabahasa (nahu) contohnya kata nama khas, kata nama am, jenis-jenis ayat dan seb
Fokus modul ini adalah untuk membina perbendaharaan kata asas dan bagaimana untuk menggunakannya. Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat menggunakan asas Arab pada keadaan tertentu.
Topik yang akan dibincangkan
Salam dan Pengenalan, Keluarga, Tempat kediaman, Hari ke hari hidup, Makanan dan minuman
MODUL II (MEMBACA, MENULIS & MENDENGAR & BERKOMUNIKASI)
-
Memberi pengetahuan kepada pelajar untuk membaca dan menulis dalam bahasa arab. Pembelajaran akan lebih mudah dengan pendekatan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Dan menggunakan pendekatan perbualan ringkas dalam kelas dengan menggunakan topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Topik yang akan dibincangkan
Solat, Di sekolah, Pekerjaan, Membeli-belah, Cuaca
Keistimewaan Kursus ini:
1. Dibimbing oleh Asatizah Bertauliayah.
2. Bimbingan secara intensif & Interaktif
Keutamaan bahasa Arab amatlah jelas karena bahasa Arab adalah bahasa Al-Qur’an Al-Karim.
kenapa kita harus mempelajari bahasa Arab ???
Keistimewaan bahasa Arab disebutkan dalam Al-Qur’an lebih dari sepuluh tempat, di antaranya pada ayat,
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ . قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
“Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran. (Ialah) Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa.” (QS. Az-Zumar: 27-28)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,
اللِّسَانُ العَرَبِي شِعَارُ الإِسْلاَمِ وَأَهْلِهِ
“Bahasa Arab adalah syi’ar Islam dan syi’ar kaum muslimin.” Disebutkan dalam Iqtidha’ Shirath Al-Mustaqim.
4. Sesuai untuk mereka yang ingin mengenali bahasa al Quran dan makna.
5. Pelajari sebutan bahasa arab dengan betul serta lahjah-Nya
6. Belajar secara Eksklusif secara berkumpualan kecil.(Mnimum 15 pelajar sahaja)
7. Berinteraksi bersama Pebimbing kursus.
8. Perolehi Sijil.
____________________________________________________________________________________
TEMPAT SANGAT TERHAD
===================
Bagaimana Mendaftar?
====================
★ Boleh dilakukan secara online di lelaman www.Alhaddad.SG
★ Anda juga boleh datang ke pejabat kami di Blk 213 Bukit Batok St 21 #01-207 Singapore 650213
★ Sila hubungi kami di talian 9023 9126
Isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan setelah anda membuat pembayaran. Anda akan menerima pengesahan secara automatik setelah menghantar borang tersebut. Semudah itu.